Data Perumahan Amerika Syarikat Merosot Pada September

137

Jumlah pembinaan rumah U.S jatuh ke paras 1 tahun rendah pada bulan September berikutan badai Harvey dan Irma yang membantutkan gerak kerja pembinaan rumah di bahagian selatan. Hal ini mungkin mempengaruhi pertumbuhan ekonomi pada suku tahun ketiga.

Menurut Jabatan Perdagangan, jumlah pembinaan rumah (Housing Starts) jatuh sebanyak 4.7% pada kadar tahunan iaitu sebanyak 1.127 juta unit. Kejatuhan ini merupakan paras terendah sejak bulan September 2016 berbanding bulan Ogos yang mencatat peningkatan 1.183 juta unit.

Pembinaan kediaman (keluarga tunggal) bagi kawasan selatan merekod kemerosotan sebanyak 15.3%.

Permit pembinaan jatuh sebanyak 4.5% iaitu sebanyak 1.215 juta unit pada bulan September.

Pakar ekonomi menjangkakan pembinaan rumah jatuh sebanyak 1.175 juta unit pada bulan lepas dan permit pembinaan jatuh sebanyak 1.250 juta unit.

Pelaburan pembinaan rumah pulah jatuh 7.3% mengikut kadar tahunan pada suku tahun kedua. Namun pakar ekonomi menjangkakan pembinaan rumah akan kembali melonjak pada suku tahun keempat berikutan peningkatan pembinaan bagi kawasan yang dilanda badai.

Pembinaan kediaman (keluarga tunggal) yang mewakili sebahagian besar pasaran perumahan US, merekod kemerosotan. 4.6%. iaitu sebanyak 829,000 unit pada bulan September.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat