US Dollar melonjak berbanding Yen pada Rabu selepas laporan data ekonomi AS yang kukuh berpotensi menjadikan Fed lebih agresif pada tahun akan datang.
US Dollar dinilai stabil dalam sesi ini selepas melambung hampir 0.5 peratus berbanding pada Selasa berikutan data yang menunjukkan keyakinan pengguna AS meningkat pada bulan Disember.
US Dollar meningkat setinggi 118.96 Yen pada 15 Disember.
Lembaga Persidangan AS melaporkan bahawa Indeks Keyakinan Pengguna AS meningkat kepada 113.7 yang tertinggi sejak Ogos 2001. Data ini sekali gus berpotensi untuk menambah kekuatan dalam sektor buruh, keadaan perniagaan dan pasaran saham dibawah pentadbiran Trump.
Harga rumah juga dikatakan terus memulih dengan cepat pada bulan Oktober walaupun kenaikan dalam kos pinjaman boleh menjejaskan keuntungan nilai rumah selepas pilihanraya presiden berlangsung November lepas.
Data yang mengukuh ini juga menyokong jangkaan bank pusat AS untuk menaikkan kadar dengan lebih cepat tahun depan.
Menurut Ayako Sera, data terdekat yang bakal menjadi tumpuan pasaran ialah data gaji yang akan diumumkan pada 6 Januari depan.
Sera juga berkata, turun naik matawang boleh berlaku dengan mendadak berikutan pasaran Jepun yang semakin perlahan menjelang Tahun Baru.
Dalam masa yang sama, US Dollar Index telah meningkat hampir 5.3 peratus sejak pilihanraya yang lepas.
Matawang Euro kali terakhir dinilai stabil berbanding US Dollar pada $1.0462.