Data Tempahan US Durable Goods Meningkat 2.2% Pada Bulan September

38

Tempahan barangan tahan lama (durable-goods) sektor pembuatan meningkat melangkaui jangkaan pada bulan September, menguatkan lagi persepsi optimis terhadap ekonomi U.S.

Jumlah pembelian barangan tahan lama, di mana termasuk barangan pengangkutan telah meningkat sebanyak 2.2% pada bulan September. Angka ini melebihi jangkaan para penganalisis ekonomi yang mensasarkan peningkatan sebanyak 1.0%. Pada bulan Ogos laporan mencatat peningkatan sebanyak 2.0%.

Barangan tahan lama secara dasarnya adalah berat,sangat besar dan memiliki ketahanan sekurang-kurangnya 3 tahun.

Tempahan barangan tahan lama teras (core durable-goods) yang tidak mengambil kira barangan pengangkutan, meningkat sebanyak 0.7% bulan lepas berbanding jangkaan yang mensasarkan peningkatan sebanyak 0.5%. Manakala temapahan barangan tahan lama teras meningkat sebanyak 0.7 selepas dikaji semula.

Tempahan barang modal yang tidak termasuk pertahanan meningkat 2.0% pada bulan September berbanding bulan sebelumnya meningkat 2.6% selepas dikaji semula.

Manakala tempahan barang modal yang tidak termasuk pertahanan dan pesawat meningkat sebanyak 1.3% pada bulan September berbanding jangkaan 0.5% peningkatan dan sejajar dengan data pada bulan Ogos iaitu 1.3% peningkatan.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat