Data Tinjauan Perniagaan di Jerman Positif, EUR/USD Pamer Kenaikan Pada Sesi Eropah

292

Matawang dolar Euro mencatatkan pengukuhan pada sesi pasaran Eropah untuk permulaan dagangan minggu ini selepas data iklim perniagaan Jerman diterbitkan pada jam 5 petang tadi.

Iklim perniagaan di Jerman tinjauan Ifo bagi bulan Februari mencatatkan bacaan yang meningkat kepada 96.1 mata lebih tinggi berbanding jangkaan penurunan 95.0 dari bacaan 95.9 mata pada Januari.

Ini menunjukkan ekonomi domestik tidak begitu terkesan oleh serangan wabak Coronavirus yang menjadi isu utama dalam ekonomi global.

Pada Jumaat lalu, dolar Euro turut mencatatkan kenaikan pada dagangan penghujung minggu selepas data PMI pembuatan dan perkhidmatan di zon Eropah diterbitkan namun harga kembali dibuka rendah pada permulaan dagangan minggu ini.

Harga yang cuba membuat kenaikan pada sesi Asia hari ini kembali menunjukkan penurunan semula menguji paras sokongan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam pergerakan harga sebelum kembali pantul semula.

Kenaikan harga pada sesi Eropah dilihat menguji paras 1.08300 yang menjadi zon SBR (support become resistance) pada carta EUR/USD.

Jika harga berjaya meneruskan keniakan lebih tinggi, harga dilihat akan cuba melepasi paras ketinggian pada 1.08800 sebelum menuju zon SBR lebih tinggi berkemungkinan di paras sekitar 1.09500.

Namun jika harga kembali membuat penurunan semula, zon support yang diuji pada minggu lalu sekitar 1.07800 akan menjadi destinasi tumpuan harga.

Penurunan lebih rendah akan mencatatkan paras terendah terbaru sejak dagangan April 2017 yang lalu.

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat