Data Tuntutan Pengangguran Catat Prestasi Positif – Adakah Ini Suatu Petanda Baik?

538

Permohonan untuk insuran pengangguran negera A.S jatuh lebih daripada ramalan ke paras terendah sejak awal apabila kes Covid-19 menurun dan sekatan berkurangan.

Tuntutan pengangguran awal menurun sebanyak 18,000 kepada 215,000 pada minggu berakhir 26 Februari berdasarkan laporan dari Jabatan Buruh pada hari Khamis. Bacaan ini juga jauh terkurang dari sasaran yang ditetapkan oleh para pakar ekonomi.

Tututan berterusan untuk pengangguran di Amerika Syarikat berubah kepada 1.48 juta pada minggu berakhir 19 Februari. Penurunan dalam tuntutan adalah konsisten dengan pasaran buruh yang kian pulih daripada impak varian omicron, sehingga sebelum ini memaksa sesetengah perniagaan ditutup.

Trend ini dijangka akan berterusan kerana pelonggaran sekatan Covid berkemungkinan menggalakkan rakyat Amerika pergi bekerja, dan majikan berminat untuk mengekalkan pekerja apabila aktiviti kembali aktif.

Data ini dikeluarkan lebih awal sehari daripada laporan pekerjaan kerajaan NFP dimana diramalkan bahawa A.S akan menambah 415,000 pekerjaan pada bulan Februari. Laporan berasingan yang dikeluarkan pada hari Rabu menunjukkan syarikat A.S menambah 475,000 pekerjaan yang lebih tinggi daripada ramalan.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat