Data Tuntutan Pengangguran Ini Jadi Petunjuk Awal Menjelang NFP!

739

Jumlah rakyat Amerika yang mengemukakan tuntutan baru untuk faedah pengangguran seiring dengan pemulihan aktiviti ekonomi aktiviti ekonomi yang rancak dan peningkatan vaksinasi.

Tuntutan awal untuk faedah pengangguran adalah sebanyak 385,000 untuk minggu yang berakhir pada 31 Julai, berdasarkan laporan yang dikeluarkan oleh Jabatan Tenaga Kerja pada hari Khamis. Angka merupakan suatu yang positif kerana tuntutan pengangguran telah turun sebanyak 14,000 dari minggu sebelumnya kerana pasaran pekerjaan berkembang selari dengan pertumbuhan ekonomi.

Secara umumnya, bacaan tuntutan selama empat minggu berlaku turun naik dengan sedikit berubah pada 394,000. Angka jumlah tuntutan pengangguran sejak dua bulan ini telah menunjukkan prestasi yang lebih baik berbanding bulan Mei yang catat secara purata 400,000. Hal ini didorong oleh pembukaan beberapa sektor ekonomi seperti sektor perhotelan dan riadah.

Jumlah tututan berterusan menunjukkan penurunan tajam dengan merosot 366,000 hingga 2,93 juta, kali pertama tuntutan berterusan jatuh di bawah 3 juta sejak 14 Mac 2020.

US dolar masih didagangkan rendah berbanding matawang utama dengan turun 0.02% kepada 92.255. Pemain pasaran memberi tumpuan pada NFP yang akan dikeluarkan pada esok hari.

Dalam masa yang sama, pasaran masih mengambil sikap berhati-hati berikutan penularan varian Delta Covid-19 yang telah menyebabkan beberapa kawasan menerapkan semula sekatan.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat