Debaran Menjelang NFP, Ketahui Apa Jangkaan Pasaran Untuk Data Pekerjaan AS!

418

Pertambahan pekerjaan Amerika Syarikat dijangka akan mencatat rekod paling rendah dalam tempoh hampir dua tahun pada bulan Oktober dengan peningkatan gaji pada kadar yang sederhana.

Laporan pekerjaan Jabatan Buruh pada sesi New York adalah yang paling dinanti-nantikan oleh pelabur hari ini untuk menentukan tahap kesihatan ekonomi nombor satu dunia itu.

Susulan peningkatan 263,000 yang direkodkan pada September, pasaran mengunjurkan ekonomi AS akan menambah pekerjaan hanya sebanyak 200,000 pada bulan Oktober, iaitu angka terkecil pernah dicatatkan sejak Disember 2020 apabila Covid-19 melanda.

Dalam pada itu, kadar pengangguran pula diramalkan sedikit meningkat kepada 3.6% daripada 3.5% pada bulan sebelumnya.

Penganalisis berpendapat taufan Ian yang melanda Florida pada akhir September akan menyebabkan sedikit kemerosotan dalam NFP. Ini rententan daripada peningkatan peningkatan tuntutan pengangguran yang dilihat pada pertengahan Oktober.

Walaupun begitu, angka yang dicatatkan dalam data pekerjaan ADP sektor swasta yang dikeluarkan Selasa lalu, memberi sedikit harapan untuk melihat laporan NFP yang lebih kukuh.

Ini susulan peningkatan sebanyak 239,000 dalam pekerjaan sektor swasta yang jauh melebihi jangkaan pasaran dan meningkat kukuh daripada bacaan sebelumnya.

Apa jangkaan anda untuk laporan pekerjaan NFP, kuat atau lemah?

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat