Debaran Mesyuarat FOMC, USD/JPY Gagal Tembusi Zon Support Minggu Lalu

400

Permulaan dagangan bagi pasangan matawang safe-haven USD/JPY pada minggu ini perlahan tidak lain tidak bukan adalah ketidaktentuan rundingan dagang antara Amerika Syarikat dan China menjadi faktor utama.

Laporan data pekerjaan NFP Amerika Syarikat yang positif minggu lalu gagal menyokong pengukuhan berterusan dolar USD sebelum penurunan dipamerkan harga ke zon support di paras sekitar 108.420 pada dagangan semalam. Paras tersebut juga turut diuji pada minggu lalu.

Namun harga gagal menembusi zon support tersebut sementara kebimbangan para pelabur terhadap rundingan dagang AS-China kekal memberi tekanan terhadap dolar USD.

Di samping itu juga, pelabur mengambil langkah berhati-hati menjelang data inflasi Amerika Syarikat pada Rabu dan lebih penting, mesyuarat FOMC pada awal pagi Khamis.

Harga bergerak di sekitar garisan Moving Average 50 (MA50) sejak semalam dengan pergerakan harga pada sesi Asia pagi ini lebih mendatar sehingga menuju sesi pasaran Eropah.

Jika laporan terbaru berhubung perkembangan rundingan dagang adalah bersifat negatif, sentimen yang berisiko akan mendorong permintaan meningkat terhadap matawang safe-haven Yen.

Sekiranya penurunan harga berlaku, harga akan cuba menembusi paras support minggu lalu untuk menguji paras 108.300 yang masih gagal ditembusi pada dagangan November lalu.

Penurunan lebih rendah dari paras tersebut akan mencatatkan paras terendah terbaru untuk tempoh 2 bulan dagangan.

Namun jika dolar USD kembali mengukuh, harga bakal kembali melonjak menuju zon SBR (support become resistance) sekitar paras 109.000.

Kenaikan lebih tinggi akan menguji paras tumpuan pada 109.200 sebelum meneruskan kenaikan menuju zon resistance pada dagangan November di paras ketinggian 109.700.

Lihat gambar carta pasangan matawang USD/JPY di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

 

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat