Defisit Perdagangan AS Berkurangan! AS-China Bakal Tandatangani Perjanjian 15 Januari Ini!

293

Defisit perdagangan A.S jatuh ke paras terendah 3 tahun lalu pada bulan November berikutan kejatuhan dalam sektor import yang terkesan akibat perang perdagangan pentadbiran Trump engan China. Manakala disisi lain eksport A.S melonjak naik dan hal ini menunjukkan ekonomi pada akhir tahun 2019 masih lagi kukuh.

Jabatan Perdagangan A.S melaporkan pada hari Selasa bahawa defisit perdagangan jatuh sebanyak 8.2% kepada $43.1 billion. Kadar kjatuhan ini merupakan kejatuhan terbesar sejak bulan Januari manakala bacaan akhir defisit merupakan bacaan terendah sejak Oktober 2016.

Defisit perdagangan dengan China yang menjadi tumpuan agenda “America First” Rumah Putih mencatat kejatuhan sebanyak 15.7% kepada $26.4 billion dengan import turun sebanyak 9.2% dan eksport meningkat sebanyak 13.7%. Disisi lain, jurang perdagangan barang dengan Kesatuan Eropah jatuh 20.2% kepada $13.1 billion.

Amerika Syarikat telah terlibat dalam perang perdagangan dengan China sehingga memberi impak kepada ekonomi negara dan dunia.Dalam masa yang sama, Washington juga mempunyai konflik perdagangan dengan rakan dagang lain termasuk Kesatuan Eropah, Brazil dan Argentina. Pihak A.S telah menuduh mereka menurunkan nilai matawang meraka sehingga beri kesan kepada pengeluar barangan A.S.

Walaubagaimanapun, ketegangan A.S dan China telah semakin reda selepas perjanjian perdagangan “Fasa 1” dilancarkan. Pada Selasa lalu, presiden Donald Trump telah berkata bahawa perjanjian separa tersebut akan ditandatangani pada 15 Januari di Rumah Putih.

Indeks US dolar yang mengukur dolar greenback berbanding enam matawang utama didagangkan kukuh sebanyak 0.28% pada paras 96.615 setakat jam 10.20 p.m.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat