US dolar dilihat menutup dagangan pada penghujung minggu lalu dengan memaparkan pemulihan semula.
Sebelumnya, US dolar telah alami penyusutan ketara ketika tumpuan pada mesyuarat FOMC dengan ucapan dinilai bernada dovish disampaikan oleh Pengerusi Federal Reserve (Fed) Jerome Powell berkenaan dasar monetari.
Namun, membuatkan US dolar berubah arah pada Jumaat lalu apabila kenyataan yang telah disampaikan oleh Presiden Fed John William yang mengatakan bahawa bank pusat tidak bercakap berkenaan langkah pemotongan kadar faedah ketika ini.
US dolar kukuh berbanding beberapa mata wang utama termasuk Euro selain pergerakan pasaran juga dipengaruhi oleh terbitan data PMI pembuatan dan perkhidmatan pada ses-sesi akhir minggu lalu.
Bacaan data untuk Eropah catat angka yang merosot membuatkan Euro kembali mengurangkan keuntungan yang diperoleh sebelumnya, manakal data yang sama untuk Amerika Syarikat (AS) pula bercampur.
Memerhati pergerakan harga pada carta pasangan mata wang EUR/USD, paras 1.1000 menjadi zon kritikal buat harga dengan reaksi yang dipaparkan.
Sekali lagi paras tersebut menjadi rintangan yang gagal ditembusi setelah diuji, seperti situasi yang berlaku pada dagangan penghujung November lalu.
Setelah lonjakan pada Khamis mencapai ketinggian 1.10000, harga menjunam semula pada Jumaat sekitar 100 pips ke zon 1.09000 semula.
Memberi amaran awal untuk pergerakan bearish apabila harga mula bergerak di bawah paras halangan Moving Average 50 (MA50) pada carta EUR/USD tersebut membuatkan pelabur berwaspada untuk risiko kejatuhan semula harga minggu ini.
Jika penurunan dilanjutkan, harga dilihat akan kembali menuju semula ke paras 1.08000 dan dijangka akan memberi reaksi di sekitar itu.
Tembus lebih rendah boleh mendorong harga ke paras sasaran selanjutnya pada 1.07000 atau paras terendah dicecah pada minggu sebelum ini sekitar 1.07300.
Sementara, jika harga berjaya menyambung semula corak kenaikan minggu lalu, rintangan 1.10000 pasti akan menjadi tumpuan untuk diuji semula.
Kenaikan yang melepasinya akan catatkan paras ketinggian terbaru 4 minggu dengan sasaran terbaru untuk dicapai dijangka pada 1.10600 atau lebih tinggi adalah pada 1.11000.
Lihat gambar carta harga pasangan EUR/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.
Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG