Demi Berkembang Di Luar AS, Robinhood Beli Bursa Kripto Ini!

455

“Harapnya lepas ni makin majulah, jangan tiba-tiba menyepi pula.”

Demi mengembangkan kehadiran mata wang kripto secara global dan menarik para pelanggan institusi melalui penawaran produk baharu, platform dagangan Robinhood (HOOD) bersetuju memperoleh bursa aset digital Bitstamp.

Selain menasihati HOOD dan Bitstamp mengenai penjualan tersebut, Barclays Capital dan Galaxy Digital berkata bahawa perjanjian tunai $200 juta itu dijangka ditutup tidak lama lagi iaitu pada separuh pertama 2025.

Bitstamp menunjukkan daya tahan melalui kitaran pasaran kripto, ulas pengurus besar HOOD Johann Kerbrat sambil menambah HOOD berada pada kedudukan baik bagi mengembangkan jejaknya di luar Amerika Syarikat (AS) dan mengalu-alukan pelanggan institusi ke HOOD.

Secara konteks, Bitstamp ialah bursa kripto berpangkalan di United Kingdom (UK) diasaskan pada 2011 yang menawarkan perdagangan spot lebih 85 kripto dan produk aset digital lain termasuk pinjaman institusi.

Sementara HOOD pula menawarkan perdagangan kripto kepada pelanggan di Kesatuan Eropah pada Disember 2023.

Menurut CEO Bitstamp JB Graftieaux, membawa platform dan kepakaran Bitstamp ke dalam ekosistem HOOD akan memberikan pengguna pengalaman perdagangan dipertingkatkan dengan komitmen berterusan terhadap pematuhan, keselamatan serta mengutamakan pelanggan.

Jadi di sini dapat dilihat perjanjian itu dapat meningkatkan persaingan dalam bursa kripto susulan pengembangan antarabangsa HOOD mungkin ambil lebih banyak bahagian pasaran daripada Coinbase (COIN) yang juga mendorong untuk berkembang di luar Amerika Utara.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat