Dengan Sentimen Pasaran Semasa, Selamatkah Untuk Berada Dalam Pasaran?

1,061

Pergerakan pasaran kewangan pada awal dagangan minggu ini meningkatkan kebimbangan para pelabur dengan fenomena “flash crash” kembali disaksikan seperti awal tahun lalu.

Kebimbangan terbesar masih terarah pada isu penularan wabak Coronavirus COVID-19. Pada hujung minggu, Itali telah mengumumkan penutupan daerah di kawasan utara dengan 16 juta penduduk, iaitu satu perempat dari populasi dan juga sektor utama perindustrian.

Jumlah kematian di Itali meningkat kepada 366 korban pada Ahad dan kes jangkitan meningkat kepada 7,000.

Turut membimbangkan penyebaran wabak di Amerika Syarikat sebagai ekonomi terbesar dunia. Jumlah keseluruhan kematian akibat COIVD-19 seluruh dunia melebihi 3,800 kematian dan kes jangkitan yang disahkan telah melepasi angka 110,000 kes.

Ekonomi Amerika Syarikat yang terkesan oleh wabak COVID-19 membuatkan dagangan US dolar turut berisiko walaupun laporan data pekerjaan NFP A.S bagi bulan Februari yang diterbitkan minggu lalu mencatatkan bacaan yang baik.

Dolar Euro gagal mengukuhkan dagangan ke paras lebih tinggi berbanding US dolar pada sesi Eropah hari ini selepas data pengeluaran perindustrian tahunan di Jerman pada Januari catat bacaan yang menurun.

Matawang komoditi dolar AUD, NZD dan CAD catat penurunan ke paras terendah terbaru pada carta harga berbanding US dolar.

Harga emas pula meningkat ke paras tertinggi 7 tahun ekoran sentimen risk-off pasaran. Matawang safe-haven Yen dan Swiss franc antara yang mendapat manfaat dalam pasaran.

Harga minyak mentah catat kejatuhan ketara apabila tercetusnya perang harga minyak oleh Arab Saudi apabila cadangan pengurangan pengeluaran tidak dipersetujui oleh Rusia.

Hampir keseluruhan indeks saham utama dunia merosot pada awal dagangan minggu ini dengan risiko yang semakin meningkat.

Turut mencatatkan penurunan adalah dagangan matawang kripto dengan Bitcoin jatuh di bawah paras $8,000.

Secara keseluruhan, pasaran masih lagi dilihat berada dalam ‘mood’ berisiko dengan pergerakan harga dijangka tidak menentu dalam tempoh masa terdekat.

 

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat