Derita UK Bertambah Parah, Kadar Pengangguran Melonjak Tinggi

408

Pengangguran di UK meningkat pada kadar terpantas sejak berlakunya krisis kewangan apabila lebih ramai orang kehilangan pekerjaan disebabkan pandemik coronavirus yang telah memberi kesan kepada ekonomi.

Pejabat Statistik Negara (ONS) melaporkan kadar pengangguran melonjak kepada 4.5% dalam tempoh tiga bulan Jun hingga Ogos, daripada 4.1% yang dicatatkan sebelum ini dan melebihi jangkaan pasaran untuk kenaikan 4.3%.

Ini merupakan kadar pengangguran paling tinggi yang pernah direkodkan sejak Mei 2017, di mana jumlah pekerja yang bekerja menurun sebanyak 153,000 orang dalam tempoh tersebut.

Selain itu, data daripada ONS turut menunjukkan pemberhentian pekerja melonjak sebanyak 114,000 kepada 227,000, iaitu tahap tertinggi sejak 2009 ketika UK mengalami krisis kewangan global.

Dengan lebih banyak kehilangan pekerjaan dijangkakan pada bulan-bulan akan datang, ia pastinya akan meningkatkan lagi tekanan kepada kerajaan dan Bank of England (BOE) untuk mengambil lebih banyak langkah bagi menyokong ekonomi.

Menteri Kewangan UK, Rishi Sunak mengatakan keutamaannya sekarang adalah untuk melambatkan peningkatan jumlah kehilangan pekerjaan dengan memperkenalkan lebih banyak skim bantuan pekerjaan untuk rakyat yang terjejas.

Bagaimanapun, beliau mengakui bahawa tidak semua pekerjaan boleh diselamatkan dengan bantuan-bantuan ini.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat