Diam-diam China ‘Curi’ Tentera UK, Nak Buat Apa?

386

China didakwa sedang ‘memburu’ bekas juruterbang Tentera Udara Britain untuk melatih angkatan tentera negara itu, kata Kementerian Pertahanan UK pada Selasa.

Dengan menawarkan pampasan yang besar, dipercayai kira-kira 30 bekas juruterbang tentera British telah menerimanya dan sedang menyediakan latihan di China.

Bukan itu sahaja, malah difahamkan setakat ini lebih ramai lagi telah didekati oleh Beijing termasuk kakitangan UK yang sedang berkhidmat untuk diambil bertugas.

Sehubungan itu, kementerian akan mengambil langkah untuk menghentikan skim pengambilan tersebut bagi mengekang lebih ramai berpaling tadah daripada UK.

Kementerian itu percaya bahawa Beijing menggunakan pihak ketiga untuk mencari juruterbang UK dan dari negara barat lain untuk melatih tenteranya.

Menteri Negara bagi Angkatan Tentera dan Veteran, James Heappy berkata kerajaan sedang mengkaji untuk mengubah undang-undang untuk menghukum juruterbang tentera yang menyumbang kepakaran mereka kepada tentera China.

Walaupun mengakui peranan penting China sebagai rakan dagang UK, tetapi Heappy secara keras menolak pengambilan tenteranya kerana ia jelas membawa kebimbangankepada mereka dan bahagian perisikan tentera Britain.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat