Dicuri Perompak Bersenjata Parang, Pelabur Hilang $3.77 Juta Dalam Kripto Ini!

495

“Pencuri sekarang pun dah pandang kripto, korang yang pegang apa-apa aset digital kena hati-hati tau.”

Seorang pelabur mata wang kripto digelar Ram berpangkalan di London kehilangan hampir semua pelaburannnya dalam mata wang kripto apabila tiga perompak bersenjatakan parang yang menyerang secara fizikal di rumahnya telah memaksanya memindahkan semua aset digital ke akaun tertentu.

Perompak itu yang menceroboh kediamannya telah menyedari beliau memiliki kripto susulan mereka memaksanya membuka wallet Ledger kemudian memindahkan lebih $3.7 juta dalam Ethereum (ETH) ke address, ulas Ram sambil menambah bahawa beliau bernasib baik tidak ditikam.

Menerusi pemerhatian daripada data Etherscan, transaksi memindahkan 1,098 ETH dari satu address serta 13 ETH dari yang lain dan perlu diketahui secara kolektifnya ia bernilai $3.77 juta jika lihat harga aset digital itu pada masa ini yang berada sekitar $3,400.

Kejadian kecurian tersebut telah menyebabkan address wallet Ram kini hanya memegang kurang $63,000 dalam aset digitaltermasuk StakeWise (SWISE), Unibot (UNIBOT), USD Coin (USDC), Staked Aave dan FOX.

Rentetan itu, Ram minta bantuan pegawai on-chain ZachZBT dan bursa kripto seperti Binance, Coinbase serta Kraken bagi mendapatkan semula dananya setelah mengetahui pencuri menjual aset digital di Kraken melalui gerbang pembayaran Bitrefill.

Kraken pada masa ini sedang berada dalam proses menyiasat kejadian, jadi di sini dapat dilihat Ram mungkin dapat memperoleh kembali beberapa aset digitalnya yang dicuri.

Biarpun kecurian kripto luar talian jarang berlaku, serangan dalam talian terus meningkat susulan protokol kewangan decentralized UwU Lend dan platform tokenization omnichain Holograph kehilangan $20 juta serta $14.4 juta selepas penyerang mengeksploitasi kelemahan dalam kontrak pintarnya.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat