Digital Cash (DASH) Mempunyai Sebuah Rangkaian Yang Hebat?

347

Dash adalah sumber terbuka blockchain yang memberi tumpuan dalam penawaran rangkaian pembayaran global yang murah dan pantas di desentralisasi alam semula jadi.

Dash atau “Digital cash”, telah dilancarkan pada bulan Januari 2014 oleh Evan Duffield dan Kyle Hagan.

Menariknya, sistem Dash coin menggunakan rangkaian Masternodes untuk menjalankan pelbagai aktiviti dalam platform Dash. Masternodes ini menggunakan konsep sama seperti nodes dalam rangkaian Bitcoin dimana satu masalah yang dihadapi oleh Bitcoin adalah isu skalabiliti.

Jadi, ini diantara isu yang cuba dimanipulasikan Dash coin melalui Masternodes untuk menjadi sebuah matawang kripto yang paling mesra pengguna dan berskala di dunia.

Sementara itu, mari kita lihat carta pergerakan harga DASH/USDT.

Menurut pergerakan harga semasa, DASH telah menarik perhatian pelabur dengan membuat kenaikan lebih 400% pada pembukaan pasaran di awal bulan Januari sehingga 7 Mei 2021 dengan paras ketinggian sepanjang masa (ATH) mencapai $478.00.

Menurut jangkaan penganalisa kripto, pergerakan harga dijangka bakal membuat kenaikan untuk menguji zon SBR (support become resistance) semula sekitar harga $200.

Sekiranya pergerakan harga DASH berjaya menembusi paras rintangan tersebut, pergerakan harga bakal menuju ke zon SBR (support become resistance) seterusnya dan akan membuat kenaikan yang lebih tinggi.

Namun, jika harga menyaksikan penurunan ke paras harga yang lebih rendah, zon support sekitar harga $140 bakal diuji dan pelabur akan menilai reaksi harga pada zon tersebut.

Pada masa penulisan, DASH di dagangkan $169 melonjak 6% dengan nilai pasaran lebih $1.7 bilion dalam tempoh 24 terakhir.

Lihat gambar carta matawang kripto DASH/USDT di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat