Dihentam Bertubi-Tubi! CEO Celsius Akhirnya Buka ‘Mulut’ Mengenai Isu Kontroversi!

754

Alex Mashinsky, pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif platform pinjaman DeFi popular Celsius pada hari ini akhirnya telah membuat kenyataan melalui akaun Twitter buat pertama kali sejak platform itu menggantung semua pengeluaran dan perkhidmatan lain pada 12 Jun.

Dalam catatan Twitter, Mashinsky menyatakan bahawa Celsius mengambil cakna mengenai kebimbangan pengguna. Atas dasar itu, pihak mereka sedang bekerja sekeras mungkin untuk menyelesaikan isu yang dihadapi tersebut. Beliau juga memohon agar pemain pasaran bersabar atas apa yang menimpa dan mengharapkan terus memberi sokongan kepada mereka.

Celsius menyekat semua pengeluaran, pertukaran dan pemindahan antara akaun pada hari Ahad lalu disebabkan “keadaan pasaran yang membimbangkan.”Syarikat itu berkata kepentingan pelanggannya adalah keutamaannya, dan keputusan untuk menggantung perkhidmatan itu adalah untuk membantu firma tersebut dapat menunaikan obligasi pengeluarannya.

Pada keesokan harinya, laporan susulan pula muncul bahawa Celsius memindahkan aset bernilai kira-kira $320 juta ke pertukaran kripto FTX beberapa jam sebelum syarikat itu menggantung pengeluaran. Ini telah menimbulkan kemusykilan dan rasa tidak puas hati dalam pasaran.

Walaupun Celsius masih belum mengulas mengenai pemindahan itu,syarikat menyatakan bahawa objektifnya adalah untuk menstabilkan,mencairkan, dan memulihkan perkhidmatan yang dihentikan secepat mungkin. Namun begitu, penggantungan itu nampaknya dilihat tidak ada penghujungnya apabila pengguna masih terkunci daripada membuat pengeluaran walaupun selepas lebih empat hari.

Celsius sedang mengambil langkah penyelesaian untuk menyelesaikan isu yang dihadapi. Semalam, syarikat itu mengupah peguam penstrukturan semula daripada Akin Gump Strauss Hauer & Feld LLP bagi menangani segala isu yang timbul ekoran isu tersebut. Pemberi pinjaman kripto itu juga sedang mencari bantuan kewangan daripada pelaburnya.

Sementara itu, syarikat pesaing Nexo, telah menawarkan untuk membeli semua aset Celcius yang layak. Celsius diberikan masa sehingga 20 Jun untuk menjawab tawaran itu.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat