Dikhuariti Dijangkiti COVID-19, Canselor Jerman Angela Merkel Kuarantinkan Diri

336

Canselor Jerman, Angela Merkel memutuskan untuk segera mengkuarantinkan dirinya sendiri selepas beliau didapati bersentuhan dengan seseorang yang disahkan positif coronavirus, menurut jurucakapnya hari ini.

Jurucakap Merkel, Steffen Seibert, berkata seorang doktor yang memberinya vaksin kepada beliau pada Jumaat lalu, telah disahkan positif coronavirus.

Sementara itu, ketika dalam tempoh kuarantin, Merkel dikatakan akan terus diuji untuk ujian coronavirus, katanya.

Pada hari Ahad, Canselor Merkel sempat mengeluarkan arahan larangan perhimpunan awam melebihi dua orang yang berkuatkuasa selama dua minggu untuk membendung penularan wabak COVID-19 yang lebih serius.

Dalam satu sidang akhbar, beliau berkata sikap rakyat Jerman itu sendiri merupakan langkah terbaik dalam usaha mengekang jangkitan daripada terus merebak.

Tambahnya lagi, rakyat harus mematuhi jarak minimum 1.5 hingga 2 meter untuk mengelakkan penyebaran virus tersebut.

Selain itu, beliau juga mengarahkan penutupan perniagaan yang menjual barangan yang bukan kritikal termasuk restoran, salon rambut dan kecantikan, serta pusat urut.

Jerman merupakan negara kelima tertinggi di dunia yang dilaporkan telah dijangkiti oleh wabak pandemik COVID-19, di mana sebanyak 25,481 kes dan 99 kematian direkodkan setakat ini.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat