Dipimpin Oleh BlackRock, Peneraju Tokenization RWA Peroleh $47 Juta!

293

“RWA makin hangat diperkatakan ye, korang pun excited kalau dengar tentang RWA?”

Securitize, penyedia perkhidmatan kewangan dan platform tokenization Real World Asset (RWA) terkemuka berjaya memperoleh $47 juta dalam pusingan pembiayaan baharuyang diketuai oleh rakan kongsinya BlackRock.

Susulan menekankan usaha perintisnya dalam menyepadukan blockchain dan pendigitalan pasaran modal, Ketua Global Perkongsian Ekosistem Strategik BlackRock Joseph Chalom telah menyertai Lembaga Pengarah Securitize sebagai ahli.

Selain berpendapat pelaburannya dalam Securitize sebagai sebahagian daripada langkahnya bagi mengevolusi strategi aset digital, Blackrock turut berkata tokenization mempunyai potensi untuk memacu transformasi ketara dalam infrastruktur pasaran modal.

Securitize pula berhasrat menggunakan dana dijana bagi mendorong inovasi dan pengembangan produk sedia ada sambil mengukuhkan semula dirinya sebagai peneraju dalam landskap sekuriti aset digital.

Suka dimaklumkan Blackrock pada sebulan lalu telah mencipta dana aset token dipanggil BlackRock USD Institutional Digital Liquidity (BUIDL) melalui pemeteraian perjanjiannya bersama Securitize.

Dilaporkan oleh BlackRock, dana token dicadangkan akan memerlukan pelabur luar melabur sekurang-kurangnya $100,000 serta anggaran komisen jualan untuk dana itu ialah $525,000 jika mengikut pemfailan dengan Suruhanjaya Sekuriti dan Bursa (SEC).

Pelancaran BUIDL yang dihebahkan secara baik telah melihat sentimen agak positif susulan daripada pengumpulan dana $100 juta dalam stablecoin USDC yang pegged dalam dolar Amerika Syarikat (AS) menggunakan rangkaian Ethereum (ETH).

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat