Dituduh Scam, Logan Paul Saman YouTuber Ini!

169

“Sebelum ni rugi NFT $2.5 juta sekarang kena tuduh scam pula, mana tak naik angin Logan Paul.”

Personaliti media sosial Amerika Syarikat (AS), Logan Paul mengancam untuk menyaman seorang YouTuber bernama Stephen Fondeisen atau lebih dikenali sebagai Coffeezilla susulan memfitnah projek non-fungible token (NFT) CryptoZoo beliau sebagai penipuan.

Menurut pertuduhan Coffeezilla, CryptoZoo sepatutnya menjadi permainan blockchain yang membolehkan pelabur raih keuntungan, namun sejumlah besar dana mereka didakwa lesap. 

Bertindak balas kepada dakwaan tersebut, Paul menyifatkannya sebagai satu tuduhan tanpa bukti yang kukuh dan beliau berpandangan bahawa motif Coffeezilla bertindak sebegini adalah semata-mata untuk mencemarkan namanya kepada berjuta-juta penontonnya.

Jelasnya lagi, CryptoZoo merupakan permainan yang membenarkan pelabur membeli telur NFT melalui token ZOO seterusnya menjadi haiwan hibrid yang boleh didagangkan untuk menjana keuntungan.

Meskipun begitu, Coffeezilla mendakwa NFT tersebut sebagai imej daripada Adobe yang telah di-photoshop dan bukanlah daripada hasil tangan sendiri.

Namun, Paul menafikan pertuduhan tersebut dan menegaskan bahawa beliau akan terus kembangkan CryptoZoo sehingga projek itu mencapai kejayaan.

Dalam pada itu, Paul dan Coffeezilla masing-masing menyeru untuk membincangkan perkara tersebut, tetapi sehingga kini masih tidak mempunyai sebarang berita terkini.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat