Dogecoin Melonjak 10% Tanpa Bantuan Elon Musk! Apa Punca?

121

“DOGE cari jalan lain dah, tak perlu sokongan Musk lagi.”

Prestasi memecoin terbesar Dogecoin (DOGE) yang memuaskan berbanding mata wang kripto lain semasa 2022 telah menjadi penyebab para pelabur mula meramal masa depannya untuk tahun ini.

Suka dimaklumkan bahawa setakat ini DOGE berjaya meningkat sebanyak 10% dalam tempoh 24 jam lalu selepas whales didapati mula berminat terhadap memecoin tersebut.

Sebagai rekod, DOGE merupakan antara top 10 token yang dibeli oleh whales di Binance Smart Chain (BSC), diikuti dengan beberapa kripto lain seperti Ripple (XRP), Filecoin (FIL), dan Terra (LUNA).

Buktinya pada minggu pertama bulan Disember, 100 pelabur terbesar BSC telah memegang sebanyak 97 juta DOGE dalam wallet masing-masing manakala pada minggu seterusnya whales BSC memiliki sekitar 80 juta DOGE bernilai $7.3 juta.

Sementara itu, jumlah dagangan memecoin tersebut mencatatkan peningkatan lebih pantas berbanding aset digital lain pada minggu Krismas 2022, di mana terdapat spekulasi yang menyebut bahawa reaksi itu berlaku selepas jutawan Elon Musk memberi ucapan Krismas.

Pencapaian berikut telah mendorong volum dagangan altcoin raih sebanyak 300% dalam masa sehari sementara modal pasarannya pula canak sekitar 8% pada $10.3 bilion.

Setakat penulisan ini, harga DOGE menyusut sedikit berlegar pada zon $0.07501 selepas semalam maju sebanyak 9.6% dan 7.8% pada minggu lepas.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat