Dolar Aussie Berisiko Untuk Jatuh Semula?

353

Negeri yang mempunyai populasi tertinggi di Australia, New South Wales (NSW) terus mencatatkan rekod baru dalam jangkitan coronavirus, di mana sebanyak 1,029 kes telah dilaporkan pada hari ini.

Angka ini agak mengejutkan, lebih-lebih lagi dari Australia yang sebelum ini adalah salah satu daripada negara yang berjaya membendung wabak Covid-19. Namun, disebabkan varian delta yang sangat cepat merebak, menyebabkan negara itu kini bergelut melawan wabak itu.

Walaupun dolar Aussie mendapat keuntungan daripada sentimen pasaran yang optimis, tetapi situasi Covid-19 di Australia menunjukkan sokongan ini mungkin sementara dan matawang itu berisiko untuk jatuh rendah.

Dalam pada itu, susulan daripada angka yang dicatatkan, dua hospital utama di Sydney dilaporkan terpaksa mengurangkan atau menghentikan pengambilan pesakit Covid-19 kerana telah mencapai kapasiti.

Ini bukanlah petanda yang baik bagi negara itu yang mempunyai kadar vaksinasi yang rendah, di mana hanya 25% daripada keseluruhan populasi telah menerima kedua-dua dos vaksin setakat ini.

Sementara itu, Victoria yang mempunyai populasi kedua tertinggi di negara itu, kembali mencatatkan peningkatan di mana sebanyak 80 kes baru telah direkodkan pada hari ini berbanding 45 kes pada hari Rabu.

Meskipun berdepan dengan peningkatan berterusan, namun pentadbiran Perdana Menteri Scott Morrison masih bertegas untuk melaksanakan pembukaan semula sekatan seiring dengan kadar vaksinasi negara.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat