Dolar Mengukuh Berbanding Yen Pada Sesi Asia, Pengumuman Pemotongan Cukai US Fokus Hari Ini

52

Dolar mengkuh berbanding yen pada hari tanpa sebarang data ekonomi penting di sesi Asia, serta fokus pasaran tertumpu kepada pengumuman pelan pemotongan cukai US malam ini.

Pasangan matawang USD/JPY meningkat 0.14% kepada 112.41, manakala AUD/USD jatuh 0.10% kepada 0.7878 pada jam 11.25 pagi.

Sterling masih lemah berikutan keputusan rundingan Brexit keempat yang tidak memuaskan, dengan GBP/USD susut 0.15% kepada 1.3439. Dan ketidaktentuan politik di Jerman turut melemahkan Euro dengan EUR/USD turun 0.03% kepada 1.1789

Indeks US dolar yang mengukur kekuatan greenback berbanding enam matawang lain naik 0.06% kepada 92.87

Semalam dolar secara keseluruhannya mengukuh berbanding matawang utama, berikutan pasaran yakin Yellen akan mengeluarkan kenyataan yang hawkish sekali gus mengukuhkan lagi jangkaan kenaikan kadar faedah sekali lagi tahun ini.

“Tidak wajar untuk kekalkan dasar monetari sehingga inflasi kembali ke paras 2 peratus”, jelas Yellen semalam.

Walau bagaimanapun, kenyataan Yellen ini tidak menyakinkan pasaran adakah beliau benar-benar menyokong kenaikan kadar sekali lagi tahun ini. Beliau turut mengutarakan kebimbangan terhadap pergerakan inflasi yang terlalu perlahan akan menyebabkan bank pusat terpaksa mengekalkan kadar faedah yang rendah lebih lama.

Greenback sedikit melemah berbanding matawang utama dengan nada Yellen yang kurang hawkish di akhir pasaran lalu. Walau bagaimanapun, dolar kekal di paras yang tinggi kerana pelabur masih optimis dengan pengkuhan dolar di masa hadapan ditambah pula dengan pengumuman pemotongan cukai oleh Trump malam ini dengan jangkaan dapat meransang pertumbuhan ekonomi Amerika lebih positif.

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat