Dolar Pulih Selepas Saham Dan Bon US Meningkat Semalam, Tumpuan Beralih Kepada NFP

65

Dolar bertukar positif berbanding matawang utama yang lain semalam selepas jatuh mencecah paras terendah dua tahun setengah yang lalu berikutan para pelabur bimbang dengan risiko yang berlaku selepas Korea Utara melancarkan ujian peluru berpandunya merentasi Jepun.

Indeks dolar yang mengukur kekuatan greenback berbanding enam matawang utama yang lain naik ke paras 92.25 setakat jam 10.20 pagi selepas mencecah paras terendah sejak bulan Januari 2015, 91.62 semalam.

Pada akhir sesi Eropah semalam, matawang dolar berbanding yen jatuh keparas terendah 4 tahun setengah yang lalu berikutan kebimbangan terhadap pelancaran ujian peluru berpandu Korea Utara melepasi pulau Hokaido di kawasan perairan utara Jepun, kemudian melonjak daripada paras 108.27 kepada 109.90 beberapa jam selepas pasaran New York dibuka. Matawang dolar berbanding yen ditutup pada paras 109.70.

Pasangan matawang USD/JPY stabil di sesi Asia dengan peningkatan sebanyak 0.11% kepada 109.82, manakala AUD/USD pula meningkat 0.4% kepada 0.7984

Shahab Jalinoss, Ketua Strategi FX Kredit Suisse di New York juga berkata pemulihan pasaran saham dan bon US yang keluar daripada paras terendah 9 bulan yang lalu telah mengurangkan kebimbangan yang melemahkan dolar serta menjadi penyokong kepada kekuatan greenback dalam masa yang terdekat. Para pelabur juga mula mengalihkan tumpuan mereka kepada data non-farm payrolls (NFP) bulan Ogos pada Jumaat nanti.

Matawang euro pula jatuh semula ke paras $1.1974 selepas menembusi paras signifikan $1,200 di awal sesi Eropah semalam.

Jalinoss juga berkata,” Matawang euro masih mendapat sokongan daripada ucapan presiden Bank pusat Eropah,Mario Draghi dalam persidangan Jumaat yang lepas yang tidak berbicara tentang kekuatan matawang tersebut, dimana menjadi satu isyarat kepada euro kekal naik (bullish).”

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat