Donald Trump Didakwa Sebagai Presiden Paling Penipu!

694

Menurut sebuah rekod yang dikeluarkan oleh The Washington Post Fact Checker, Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump didakwa telah mengeluarkan 1,999 fakta palsu dan mengelirukan pada tahun 2017.

Setahun berikutnya, presiden itu menambah lagi penipuannya dengan menggunakan sebanyak 5,689 fakta yang diragui.

Bukan itu sahaja! Beliau turut membuat 8,155 dakwaaan palsu pada tahun 2019.Ini membuktikan bahawa dalam tempoh setahun, Donald Trump didapati telah mengeluarkan banyak kenyataan palsu dan meragukan.

Terbaru, CNN mendedahkan bahawa presiden Amerika Syarikat tersebut telah membuat 81 tuntutan tidak benar pada pertengahan bulan Januari 2020. Selain itu, mereka merekodkan bahawa sebanyak 61 fakta palsu yang akan dikeluarkan setiap minggu sejak penipuan tersebut didedahkan pada 8 Julai 2019.

Selain itu, dikatakan kemahiran memanipulasi yang dimiliki oleh pemimpin berkenaan telah berjaya memancing rakyat Amerika Syarikat sehingga sukar untuk membezakan kebenaran dan penipuan. Tambahan daripada itu, kemahiran itu juga digunakan sebagai salah satu taktik kotor dalam permainan politik beliau.

Dengan janji manis yang ditaburkan serta ‘fakta’ yang tak mampu dipersoalkan lagi, Donald Trump kelihatan gah berucap di hadapan semua rakyat negara berkenaan. Dengan slogan “make Amerika great again” berjaya meraih sokongan padu dari rakyat Amerika Syarikat untuk mengangkat beliau sebagai salah seorang pemimpin terhebat dalam sejarah pemerintahan negara ekonomi terbesar dunia itu.

Kini, bahang pilihan raya Amerika Syarikat yang semakin terasa dan dihangatkan lagi dengan isu pemecatan Donald Trump, pasti lebih banyak lagi taktik licik yang sedang dirancang oleh pemimpin berkenaan. Adakah rakyat Amerika Syarikat akan terus berada di belakangnya?

Yang pastinya, ramai yang kurang senang dengan tindakan dan keputusan beliau khususnya pemimpin dunia yang lain. Namun tidak kurang juga kejayaan yang dibawakan sepanjang kekuasannya sebagai pemimpin.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat