Donald Trump Kembali Sembuh?

467

Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump dilihat melambai ke arah para penyokongnya yang berkumpul di luar hospital, di mana beliau menjalani rawatan, ketika kenderaan yang membawanya melintasi mereka.

Sebelum itu, Trump menghantar ciapan menerusi Twitter rasminya bahawa beliu akan membuat ‘lawatan mengejut’.

Trump yang dikritik hebat kerana gagal mengendalikan penularan wabak Covid-19 di AS, juga menyatakan beliau belajar banyak perkara mengenai virus tersebut.

“Saya banyak belajar mengenai Covid-19. Saya mempelajarinya di sekolah. Ini merupakan sekolah yang sebenar. Saya mengalaminya sendiri dan dapat memahaminya. Ia satu perkara yang sangat menarik, saya akan memberitahu anda mengenainya,” kata Trump.

Terdahulu, kakitangan doktornya memaklumkan Trump menunjukkan perkembangan yang baik dan berkemungkinan dibenarkan pulang seawal hari ini.

Ujar Dr.Sean Conley yang merawat Trump, tahap oksigen Trump menurun sebanyak dua kali sejak didapati positif Covid-19 dan Conley mula menyuntik bahan steroid yang dikenali sebagai dexamethasone terhadap Trump. Dexamethasone digunakan untuk meningkatan peluang untuk pesakit Covid-19 sembuh.

Selain itu, Trump juga diberikan bekalan oksigen tambahan selama satu jam ketika dirawat. Trump dilaporkan mengalami demam panas dan tahap oksigen dikatakan berada di bawah paras 94%. Tahap normal oksigen bagi individu yang sihat adalah lebih 95%.

Para doktor juga memaklumkan Trump tidak mengalami demam sejak Jumaat lalu dan buah pinggang serta hatinya menunjukkan tanda normal namun Conley enggan menjawab sebarang soalan sama ada imbasan paru-paru terhadap Trump menunjukkan sebarang kerosakan.

Dalam pada itu, kumpulan kempen pilihan raya Trump pada Sabtu lalu memaklumkan, mereka akan bergerak pada kelajuan maksimum sehinggalah Trump boleh kembali berkempen. Kumpulan tersebut turut menyeru agar Donald Trump Jr dan Eric Trump serta Timbalan Presiden, Mike Pence untuk ‘mengambil alih’ kempen berkenaan buat sementara waktu.

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat