Donald Trump Memecat Direktor FBI, USD Menjunam!

74

US Dollar menjunam dalam sesi Asia pada Rabu manakala Yen melonjak lebih tinggi disebabkan oleh permintaan yang lebih tinggi terhadap matawang safe-haven selepas tindakan Donald Trump yang telah memecat Direktor FBI, James Comey.

James Comey yang terlibat dalam kes penyiasatan diantara kumpulan pentadbiran Donald Trump dan Russia telah diarahkan untuk meninggalkan pejabat sekali gus memadamkan tenaga matawang gergasi dalam sesi ini.

USD/JPY menjunam sebanyak 0.17 peratus kepada 113.81 manakala AUD/USD berubah kepada 0.7354 selepas meningkat sebanyak 0.16 peratus selepas pembentangan bajet Australia dikeluarkan pada lewat Selasa. Dalam pembentangan tersebut, bank-banak dikehendaki untuk membayar cukai bagi memenuhi unjuran sasaran lebihan fiskal disamping menjamin kedudukan credit rating.

US Dollar Index yang mengukur kekuatan Greenback berbanding matawang utama yang lain dinilai menurun sebanyak 0.15 peratus kepada 99.30.

Selain itu, China juga dijangka akan mengeluarkan data harga pengguna bagi bulan April dengan jangkaan keuntungan sebanyak 1.1 peratus dan harga pengeluar sebanyak 6.9 peratus.

Semalam, US Dollar diniagakan lebih tinggi berbanding dengan matawang utama yang lain pada Selasa kerana kekuatan jangkaan mengenai kenaikan kadar selanjutnya pada Jun.

Menurut Fed rate monitor tools, 80 peratus trader menjangkakan bahawa Fed akan menaikkan kadar pada bulan Jun berbanding dengan 63 peratus pada minggu sebelumnya.

Pelabur juga kini meneliti kesan pengenalan Akta Beli Eropah yang telah diperkenalkan oleh Presiden Perancis, Emmanuel Macron yang akan menghalang syarikat-syarikat dari luar Eropah untuk membida kontrak awam dengan Kesatuan Eropah.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat