Duit Tidak Akan Dapat Membeli Akses Masuk Britain Ke Pasaran Tunggal! : Yonatan Faull

43

Bekas pegawai tertinggi Suruhanjaya Eropah memberi amaran bahawa Britain tidak akan sesekali boleh membeli akses masuk ke dalam pasaran tunggal selepas mengambil keputusan untuk keluar dari EU.

Perdana Menteri Britain, Theresa May akan memulakan proses rundingan rasmi yang akan bermula pada Mac ini serta dijangka memakan masa 2 tahun. Hal ini juga memberi sedikit kegusaran buat pelabur kerana “hard Brexit” dikatakan akan menghapuskan akses masuk Britain ke EU.

Mengulas isu berkenaan, Yonatan Faull yang telah berkerja dengan suruhanjaya tersebut selama hampir 38 tahun menyifatkan EU tidak akan memberikan mana-mana akses kepada zon tersebut walaupun dengan bayaran.

Beliau yang disifatkan sebagai sudah “masak” dengan cara EU bekerja mengatakan bahawa EU tidak akan sesekali menjual akses masuk kepada sesiapa.

Kedua-dua kenyataan tersebut dilihat amat berbeza dengan pendapat daripada Menteri Brexit iaitu David Davis yang mengatakan bahawa Britain hanya perlu mengekalkan bayaran ke dalam bajet EU untuk dibenarkan masuk ke parasan tunggal berkenaan.

PROMO!!
Dapatkan Segera Pakej MoshedFX Ultimate Trader Mastery – Klik Sini
Gunakan Kupon : NFP150
Jimat extra RM150 + Diskaun 40% = Total Jimat RM700 dari harga asal
Promo tamat 6 Jan 2017 tepat jam 11:59PM. Cepat!

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat