Dulu Benci, Sekarang Google Benarkan Aplikasi Kripto & NFT!

357

“Adakah Google sudah mula berfikiran terbuka terhadap aset digital?”

Gergasi teknologi Amerika Syarikat (AS) Google melakukan perubahan ketara untuk dasar pasaran software mudah alihnya bagi menampung lebih ramai pembangun Web3 yang ingin beli, jual atau peroleh aset digital di Play Store.

Diperjelaskan lagi, pembangun akan dibenarkan menyepadukan aset digital seperti non-fungible token (NFT) ke dalam aplikasi dan games mereka tetapi pembangun harus menyatakan dalam Play Console bahawa terdapat elemen berasaskan blockchain dalam aplikasi itu.

Menurut Joseph Mills, Pengurus Produk Google Play berkata langkah tersebut adalah bertujuan untuk membuktikan Google telah bersedia dalam mencipta pengalaman digital lebih menarik dan menyeronokkan.

Suka dimaklumkan bahawa pembangun dapat menerima item berasaskan blockchain secara rawak daripada pembelian loot boxes*, ujar Mills lagi.

*Kotak misteri maya di mana pengguna boleh berdagang untuk mendapatkan ganjaran dalam bentuk kripto

Pun begitu, Google yang ingin menjamin keselamatan pengguna telah meminta pembangun bekerjasama dengan syarikat teknologi untuk menyediakan pengalaman selamat, telus dan dipercayai semua orang.

Pada tahun lepas, Google Play berunding dengan beberapa pembangun aplikasi dan game seperti Mystical Games serta Reddit untuk menyepadukan NFT Avatar.

Mills turut menekankan bahawa pembangun tidak dibenarkan untuk mempromosikan atau mengagungkan sebarang aktiviti permainan ataupun perdagangan.

Sementara aplikasi yang tidak memenuhi syarat kelayakan di bawah dasar Perjudian, Games dan Peraduan Google Play Real-Money dilarang menerima wang untuk peluang memenangi aset digital seperti NFT.

Sikap terkini Google sangat berbeza berbanding dua tahun lalu, di mana syarikat itu bukan sahaja menendang keluar Bitcoin Blast dari Play Store tanpa sebarang penjelasan rasional malah mengharamkan aplikasi mining kripto pada tahun 2018.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat