Dulu Trump, Kini Elon Musk Pula Nak Buat Platform Media Sosial Sendiri

833

‘Lepas kereta eletrik, buat roket. Sekarang nak buat media sosial sendiri pulak.’

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO ) Tesla Inc, Elon Musk, berkata dia sudah berfikir ‘masak-masak’ untuk membina platform media sosialnya sendiri.

Menerusi ciapan di Twitter peribadinya, manusia terkaya dunia itu mempertimbangkan untuk membina sebuah platform media sosial yang terdiri daripada algoritma sumber terbuka dan mengutamakan kebebasan bersuara yang membolehkan propaganda diketengahkan secara minimum.

Ciapan tersebut telah dibuat oleh Musk sehari selepas beliau membuat tinjauan pendapat di Twitter dan bertanya kepada pengguna andai mereka percaya Twitter mematuhi prinsip kebebasan bersuara.

Hasil tinjauan oleh Musk itu menyaksikan 70% pengguna mengundi ‘tidak’.

Umum mengetahui bahawa Musk merupakan seorang pengguna Twitter tegar, namun beliau telah mengkritik polisi yang ditetapkan oleh beberapa platform media sosial dengan mengatakan polisi tersebut menjejaskan demokrasi serta gagal mematuhi perinsip kebebasan bersuara.

Dalam pada itu, andai Musk benar-benar mencipta platform media sosial baru, ia bermaksud beliau akan menyertai portfolio syarikat teknologi yang semakin berkembang selain akan menempatkan dirinya sebagai peneraju hak kebebasan bersuara berbanding platform sedia ada seperti Twitter, Facebook milik Meta Platfrom Inc dan YouTube milik Alphabet Google.

Sebagai rekod, ini bukan kali pertama seorang individu terkenal ingin mencipta sebuah platform sendiri atas kepentingan peribadi.

Bekas Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump pernah melancarkan Truth Social App miliknya sendiri selepas beliau telah dilarang daripada menggunakan aplikasi media sosial terkemuka dunia seperti Twitter, Facebook dan Instagram.

Walau bagaimanapun, aplikasi dan platform baru seperti pesaing Twitter, Gettr dan Parler mahupun Rumble dilihat gagal untuk menyamai jangkauan dan populariti platfrom arus perdana setakat ini.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat