Dunia Di Peringkat Awal Gelombang Baru Covid-19 – Amaran WHO

1,362

Ketua Pengarah Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), Tedros Adhanom Ghebreyesus memberi amaran bahawa dunia kini berada pada tahap awal gelombang baru Covid-19.

“Setelah satu tahun setengah dilanda pandemik, dan tujuh bulan sejak vaksin pertama diluluskan, dunia kini berada di tahap awal gelombang jangkitan kematian yang lain”, kata Tedros.

Ketika bercakap kepada anggota Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa di Tokyo, Tedros mengatakan kegagalan dunia untuk berkongsi vaksin, ujian dan rawatan telah mendorong kepada ‘two-track pandemic’.

Negara-negara yang mempunyai kelengkapan rawatan dan vaksin yang cukup sedang dibuka, sementara negara-negara lain yang kekurangan sumber terpaksa ditutup untuk memperlambatkan penularan virus.

Tedros turut mengatakan semakin lama wabak itu berlarutan, semakin banyak pergolakan sosioekonomi yang akan timbul. “Pandemik adalah ujian, dan dunia gagal”, tambah beliau.

Selain itu, beliau juga mengatakan bahawa ancaman wabak ini akan tetap ada sehingga semua negara di seluruh dunia dapat menangani krisis pandemik ini.

Dalam pada itu, Tedros mengecam perbezaan vaksin antara negara kaya dan berpendapatan rendah. 75% daripada dos vaksin atau lebih 3.5 bilion suntikan, telah diagihkan kepada 10 negara utama, sedangkan hanya 1% penduduk di negara-negara miskin menerima sekurang-kurangnya satu suntikan.

Ekoran itu, beliau meminta ekonomi-ekonomi utama dunia untuk berbagi vaksin dan membiayai usaha global untuk membuatnya lebih mudah diakses serta memberi insentif kepada syarikat untuk meningkatkan produksi vaksin.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat