ECB Bakal Lancar Pelan Baharu Untuk Pasaran Bon Pada 1 Julai

165

Bank Pusat Eropah (ECB) akan mengaktifkan pembelian bon yang telah diperuntukkan sebagai barisan pertahanan pertama terhadap kemungkinan krisis pasaran hutang pada 1 Julai, Presiden Christine Lagarde.

Dengan menggunakan ‘fleksibiliti’ terhadap cara pelaburan semua daripada portfolio pembelian bon pandemik (PEPP) €1.7 trilion diperuntukkan, ia bertujuan untuk mengekang masalah dalam bon kerajaan ketika kadar faedah dinaikkan untuk membendung inflasi.

Susulan isyarat yang diberikan ECB untuk menaikkan kadar faedah baru-baru ini, hasil bon telah meningkat dengan mendadak sehingga spread antara hasil Jerman dan Itali melambung ke paras tertinggi 2 tahun.

Situasi ini telah mencetuskan panik buat negara Eropah yang berhutang seperti Itali, Sepanyol dan Greece, menyebabkan ECB memperkenalkan pelan baharu tersebut untuk mengelakkan mereka daripada terjejas dengan kenaikan kadar faedah.

Lagarde memberitahu pada Selasa bahawa bank pusat akan menggunakan fleksibiliti ini dalam melabur semula penebusan yang akan dibayar di bawah portfolio PEPP.

Beliau turut mengatakan bank pusat akan memastikan bahawa penyampaian dasar monetari di seluruh Zon Eropah dipelihara dan menangani setiap halangan yang mungkin menimbukan ancaman kepada mandat kestabilan harga.

Dalam pada itu, ECB juga sedang mengusahakan instrumen pembelian bon baharu untuk menangani isu yang sama dan dijangka mengumumkannya dalam beberapa minggu akan datang.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat