ECB Catat Rekod Tinggi Penggunaan Matawang Digital Sepanjang Pandemik

185

Industri matawang digital telah menjadi tumpuan utama sepanjang pandemik COVID-19 dengan rekod penggunaan mencatatkan peningkatan, ucap Presiden European Central Bank (ECB), Christine Lagarde.

Menurutnya lagi, penduduk Kesatuan Eropah (EU) telah menyesuaikan diri terhadap digitalisasi dengan jualan e-commerce meningkat 20% antara Februari dan Jun, walaupun jumlah jualan runcit susut 1.2%.

Manakala pembayaran atas talian juga menyaksikan peningkatan sehingga dua digit sejak bermulanya wabak.

Institusi lain seperti DBS Bank Singapura juga berpendapat yang sama apabila laporan mereka pada Ogos lalu menyifatkan pandemik sebagai pengaruh besar dalam mendorong masyarakat hilang kebergantungan terhadap penggunaan tunai.

Untuk pengetahuan, Lagarde menyokong kuat terhadap usaha ECB untuk menubuhkan bank pusat matawang digital (central bank digital currency, CBDC).

Tidak dapat dinafikan dari sudut positifnya, penggunaan matawang digital begitu mudah dengan pembayaran rentas sempadan yang cepat dan lebih murah.

Sebelum ini lagi Lagarde pernah menyatakan harapannya untuk melihat institusi-institusi EU dapat menyesuaikan perubahan era kewangan dengan bersikap lebih terbuka terhadap kripto.

Walau bagaimanapun, sehingga kini Eurosystem masih lagi tidak membuat sebarang keputusan sama ada untuk memperkenalkan Euro digital atau tidak. Masih banyak perkara yang perlu mereka perhalusi baik dari segi manfaatnya, risiko dan cabaran operasi.

Dijangka keputusan impak pengenalan CBDC terhadap Eropah akan diumumkan beberapa minggu akan datang.

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat