ECB Kian Tersepit! Putuskan Untuk Naikkan Kadar 75 Mata Asas Bagi Mengekang Inflasi!

232

Bank Pusat Eropah memutuskan untuk mengenakan satu lagi kenaikan kadar faedah yang besar pada hari Khamis, sebagai usaha para penggubal dasar cuba meredakan inflasi tertinggi di rantau itu.

Bank pusat itu, yang menetapkan dasar monetari untuk 19 negara tersebut, menaikkan kadar faedah sebanyak tiga perempat daripada mata peratusan, menyamai kenaikan sebelumnya bulan lalu. Bermula dengan perlahan iaitu permulaaan kenaikan pertama dalam lebih sedekad pada bulan Julai, ECB menyatakan telah mula berilitizam pendirian dasarnya dengan kenaikan yang pantas kerana inflasi telah terbukti lebih teruk dan lebih berterusan daripada jangkaan.

Harga pengguna meningkat 9.9 peratus secara purata di zon Eropah pada bulan September berbanding tahun sebelumnya, kadar terpantas dalam rekod, didorong oleh harga tenaga dan makanan.

“Inflasi kekal terlalu tinggi dan akan kekal di atas sasaran untuk tempoh yang panjang,” kata bank itu dalam satu kenyataan pada Khamis.

Cabaran yang dihadapi oleh bank pusat telah meningkat sejak beberapa bulan lalu apabila penggubal undang-undang telah mengambil lebih banyak langkah untuk melindungi isi rumah dan perniagaan daripada kenaikan harga. Bank pusat telah memberi amaran bahawa dasar fiskal tidak boleh bertentangan dengan dasar monetari. Britain telah menjadi contoh antarabangsa mengenai risiko ini. Pada minggu lalu, Liz Truss meletak jawatan sebagai perdana menteri selepas pemotongan cukainya mencetuskan kegawatan dalam pasaran kewangan.

Kerajaan Eropah masih berselisih pendapat tentang cara mereka harus bertindak balas terhadap kenaikan harga tenaga, dengan negara yang lebih kaya mengambil kesempatan daripada kedudukan fiskal. Jerman baru-baru ini mengumumkan rancangan bantuan €200 bilion ($201 bilion) untuk isi rumah, perniagaan dan industrinya.

Keupayaan bank pusat untuk mengawal inflasi telah diuji dengan teruk sepanjang tahun lalu. Jangkaan bahawa inflasi yang tinggi akan berlalu dengan cepat, ternyata meleset berikutan siri kejutan ekonomi yang telah mendorong bank pusat bertindak.

Mata wang euro susut 0.62% berbanding US dolar kepada paras dagangan 1.0014.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat