ECB Sahkan Pelan Kenaikan Kadar Pada Julai! Ini Perkara Perlu Diketahui ‘Pasaran’

319

Bank Pusat Eropah pada Khamis akhirnya mengesahkan hasrat mereka untuk menaikkan kadar faedah pada mesyuarat dasarnya bulan hadapan dan dalam masa yang sama menurunkan unjuran pertumbuhan ekonomi mereka.

Berdasarkan mesyuarat dasar monetari terbaharu,Majlis Tadbir Urus mengumumkan bahawa ia berhasrat untuk menaikkan kadar faedah utamanya sebanyak 25 mata asas pada mesyuarat bula Julai.

ECB menjangkakan kenaikan selanjutnya pada mesyuarat September nanti akan tetapi tidak memberi kepastian mengenai skala kenaikan dan menyatakan ianya bergantung pada trajektori yang berkembang bagi prospek inflasi jangka sederhana. Pada masa ini, kadar faedah bagi operasi pembiayaan semula utama, kemudahan pinjaman marginal dan kemudahan deposit kekal tidak berubah masing-masing pada 0.00%, 0.25% dan -0.50%.

ECB dalam salah satu kenyataan menytakan, ” Selepas bulan September. Majlis Pentadbiran menjangkakan bahawa kadar faedah akan dinaikkan secara beransur-ansur asalkan bersesuaian.”

“Selaras dengan komitmen Majlis Pimpinan terhadap sasaran jangka sederhana 2%, dasar monetari akan disesuaikan pada data baru dan penialain terhadap inflasi dalam jangka masa sederhana.”

Inflasi harga pengguna tahunan di seluruh kawasan eropah mencecah rekod tertinggi baru sebanyak 8.1% pada bulan Mei, namun ECB dalam panduan sebelumnya menunjukkan bahawa kenaikan kadar pertama hanya akan berlaku selepas tamat pembelian aset bersihnya pada 1 Julai .

Para penggubal dasar kini berhadapan dengan cabaran untuk mengekang inflasi dengan kelembapan ekonomi akibat perang di Ukraine dan sekatan serta embargo berkaitan yang dikenakan antara Kesatuan Eropah dan Rusia.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat