ECB Villeroy: ECB Patut Perlahankan Pembelian Bon

42

Bank pusat Eropah (ECB) seharusnya memperlahankan tindakan pembelian aset dan dalam masa yang sama mengekalkan polisi monetari akomodatif secara keseluruhan, kata Francois Villeroy de Galhau yang merupakan ahli senat kesatuan ECB.

Polisi akomodatif ialah tindakan bank pusat menambahkan jumlah wang dalam ekonomi (contoh: menurunkan kadar bank) untuk meningkatkan pertumbuhan ekonomi.

Meskipun pertumbuhan ekonomi di zon-Eropah berada dalam proses pengukuhan di mana ECB telah mula mengurangkan perlaksanaan polisi monetari yang longgar disebabkan sasaran inflasi yang berada di bawah paras 2%.

Bagi Villeroy, ”keadaan ekonomi sekarang dan pasaran kerja yang sedang memulih akan membawa kepada inflasi yang lebih tinggi cuma belum ada kepastian berapa lama hal itu akan berlangsung.”

”Saat ini kita sedang menumpukan untuk mengekalkan kestabilan harga dan mencapai sasaran inflasi. Justeru perlunya pengurangan pembelian aset dan dalam masa yang sama mengekalkan monetari polisi akomodatif.” kata Villeroy.

”ECB harus mengambil pendekatan pragmatik dalam pengurangan pembelian aset dan hanya melakukan pembelian jika benar-benar perlu.” kata Villeroy.

Selain itu, beliau berpendapat, dalam apa jua keadaan sekalipun ECB tidak seharusnya meningkatkan kadar faedah kecuali bila terdapat peningkatan dalam inflasi. Walaupun inflasi meningkat, bank pusat tetap khuatir dengan kelemahan pertumbuhan kadar upah yang lemah.

Bagi Villeroy ”pertumbuhan ekonomi yang semakin meningkat akan meningkatkan pertumbuhan kadar upah dan penyusutan matawang baru-baru ini menybabkan ECB mengambil tindakan untuk memantau kadar petukaran dengan lebih teliti.”

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat