Eh! Australia Ni ‘Back-up’ China Pula

372

Ketika Amerika Syarikat (AS) sibuk untuk membeli aplikasi TikTok daripada syarikat milik China iaitu ByteDance ekoran kebimbangan terhadap kebocoran data pengguna, Australia memaklumkan negara itu tidak akan mengenakan sekatan terhadap aplikasi terbabit.

Menurut laporan Sydney Morning Herald memetik Perdana Menteri Australia, Scott Morrison sebagai berkata, agensi keselamatan negara itu mendapati aplikasi tersebut tidak mengancam keselamatan nasional dengan serius.

Namun Morrison juga memberi amaran masih wujud risiko data pengguna boleh dicuri oleh China dan pihaknya akan terus memantau aplikasi tersebut.

Morrison turut mengingatkan kepada rakyat negara itu supaya berhati-hati dengan aplikasi media sosial lain, termasuklah yang dimiliki oleh syarikat AS.

Bagaimanapun, kerajaan Australia masih mencari kaedah untuk memperketatkan isu privasi dan risiko keselamatan yang ditimbulkan oleh syarikat media sosial seperti TikTok dan WeChat.

Pasukan Pertahanan Australia sebelum ini menyekat aplikasi itu pada semua perantinya.

Kenyataan Morrison itu dilihat bertentangan dengan tindakan rakan sekutunya iaitu Presiden AS, Donald Trump yang menyuruh Microsoft Corp membeli aplikasi terbabit daripada ByteDance.

Terdahulu, Duta China ke AS, Cui Tiankai menegaskan desakan AS berhubung penjualan aplikasi itu telah melanggar prinsip pasaran bebas.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat