Eh! Eh! Makin Tinggi Emas Naik Ni!

902

Emas mengukuhkan kedudukan menghampiri paras tertinggi satu minggu selepas keputusan Federal Reserve (Fed) untuk mengekalkan kadar faedah di tahap terendah 0.00-0.25% dan perkembangan positif mengenai pakej rangsangan AS melemahkan US dolar.

Logam berharga itu kini di landasan untuk kenaikan minggu ketiga berturut-turut, selepas Fed berjanji pada mesyuarat polisi terakhir pada 2020 untuk mempertahankan program pembelian asetnya yang besar sehingga ia melihat terdapat kemajuan dalam pekerjaan dan inflasi.

Menjelang dagangan sesi Eropah, emas diperdagangkan tinggi di paras harga $1,868 per auns, menghampiri paras rintangan pada $1,875. Sementara niaga hadapan emas pula menguat pada $1,873 per auns (2.30 petang waktu Malaysia).

Sementara itu, optimisme pasaran yang meningkat bahawa kesepakatan dalam pakej rangsangan AS akan dicapai turut menyokong dagangan logam kuning emas.

Pemimpin Demokrat Senat Chuck Schumer mengatakan bahawa mereka berada di landasan untuk mencapai perjanjian. Ketua Majoriti Senat Mitch McConnell juga mmberitahu bahawa para pemimpin telah membuat kemajuan besar dalam usaha ke arah kesepakatan.

Walaupun perjanjian dicapai mungkin tidak merangkumi semua yang diinginkan oleh Demokrat, tetapi Schumer mengatakan ia perlu dalam jangka pendek dan berjanji akan bekerja keras untuk memberi bantuan tambahan pada masa akan datang.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat