Pelabur menyaksikan isyarat perubahan arah harga pada carta pasangan mata wang GBP/USD pada Selasa semalam selepas 7 hari memaparkan corak penurunan.
Selepas penghujung minggu lalu bersambung ke awal minggu ini tempo penurunan semakin perlahan, harga mula paparkan lonjakan pada dagangan sesi New York semalam.
Tiada faktor kukuh yang dilihat menyokong pengukuhan Pound di mana kenaikan harga lebih didorong oleh kesuraman mata wang US dolar yang sebelumnya telah mengukuh.
Sentimen pasaran semasa yang semakin memulih menjadi faktor menghadkan pengukuhan US dolar dengan berita dari China yang dilaporkan bakal melaksanakan langkah rangsangan ekonomi.
Selain itu, laporan pendapatan syarikat-syarikat gergasi dunia yang positif serta unjuran yang meningkat oleh IMF terhadap pertumbuhan global turut menyokong faktor sentimen risk-on ketika ini.
https://soundcloud.com/intradaydotmy/usd-tak-menentu-sebelum-fomc#t=0:00
Jika diperhati pada carta GBP/USD semalam, harga telah berjaya membuat kenaikan hingga mencapai paras 1.29000 yang kembali menjadi rintangan buat harga.
Kenaikan yang telah melepasi halangan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam pergerakan di carta GBP/USD itu turut mencetus isyarat awal perubahan kepada trend bullish.
Sekiranya kenaikan harga diteruskan lagi hari ini melepasi 1.29000, harga bakal menyambung kenaikan menuju paras tumpuan 1.30000 dengan reaksi harga di sekitar itu akan diperhatikan.
Kenaikan lebih tinggi boleh mencapai semula hingga paras 1.31000 yang menjadi zon terjunan harga bermula pada minggu lalu.
Namun jika harga mula berbalik arah papar kejatuhan semula, harga berkemungkinan turun melepasi sokongan MA50 dan menguji paras sokongan semasa pada 1.28000.
Penurunan lebih lanjut dijangkakan akan menuju paras tumpuan pada dagangan awal Julai lalu iaitu 1.27000.
Arah yang jelas pergerakan harga akan diketahui selepas keputusan mesyuarat FOMC awal pagi nanti.
Lihat gambar carta harga pasangan GBP/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.
Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG