Eh! Kenapa Token FC Barcelona (BAR) & AS Roma (ASR) Melonjak Tinggi Ni?

354

Token peminat berasaskan sukan bola sepak: FC Barcelona Fan Token (BAR), AS Roma Fan Token (ASR), dan Atletico De Madrid Fan Token (ATM) tidak ketinggalan mencatatkan lonjakan harga ketika lima token ini turut melantun tinggi.

Pada penulisan artikel:

  • Atletico de Madrid Fan Token (ATM): $5.48
  • AS Roma Fan Token (ASR): $3.02
  • FC Barcelona Fan Token (BAR): $8.23

Berikut adalah faktor yang mendorong kepada peningkatan harga:

Kerjasama dengan Liga Juara-Juara UEFA

  • Hubungan kerjasama diikat sehingga 2024
  • Mahu jadikan Socios sebagai penaja serantau untuk Liga Juara-Juara UEFA
  • Kerjasama ini akan tersedia secara percuma untuk pemiliki fan token bagi kelab yang terlibat dalam Liga Juara-Juara, termasuk Liga Eropah dan Liga Konfederasi Eropah
  • Berpeluang untuk memenangi pengalaman VIP atau non-fungible token F(NFT) percuma yang dilancarkan ketika pertandingan secara langsung jika mereka memiliki token melalui aplikasi Socios

Pertandingan kelayakan World Cup yang sedang berlangsung

  • World Cup dijangka akan berlangsung pada 21 November 2022
  • Melalui kehadiran teknologi fan token, peminat boleh berinteraksi dengan lebih baik dengan penawaran kenangan kesukanan bola sepak

Populariti NFT

  • Lonjakan minat terhadap NFT turut mendorong kepada fan token
  • Lagi-lagi NFT yang ditawarkan ini melibatkan pertandingan secara langsung dalam kuantiti yang terhad.
Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat