Ekonomi AS Bakal Crash Pada 2024, BTC Dijangka Turun Ke $200?

3,634

“Semua okay ke kalau crash? Ke ada yang nak memberontak?”

Baru-baru ini dikejutkan berita mengenai Editor Kewangan Harry Dent meramalkan kejatuhan terbesar ekonomi Amerika Syarikat (AS) bakal berlaku pada tahun ini yang akan menghantar mata wang kripto Bitcoin (BTC) serta saham jatuh lebih rendah daripada krisis kewangan 2008.

Ramalan berani tersebut datang di tengah-tengah ekonomi AS dan BTC menyasarkan untuk mencapai paras tertinggi baharu sepanjang masa, oleh itu Dent memberi amaran bahawa generasi Milenium serta Gen Z akan mengalami kemalangan terbesar dalam hidupnya tahun ini.

Dalam temu bualnya bersama Fox News, Dent berkata housing bubble boleh menjadi kejatuhan pertama pada 2024 di mana ia mampu menjejaskan S&P, ekonomi AS termasuk BTC susulan ia adalah kemalangan terbesar mungkin pernah dilihat dalam hidup.

Kemalangan itu tidak akan menjadi correction, ulas Dent sambil menambah bahawa BTC kini didagangkan di atas $67,000 manakala ekonomi AS semakin pulih daripada era COVID-19 tetapi kejadian tidak dijangkakan mungkin berlaku.

Selain itu, Dent turut mendedahkan ‘Baby Boom Generation’ akan menjadi paling rugi susulan rumah mereka bakal mengalami keruntuhan nilai kemudian S&P akan tergelincir kira-kira 80% dalam ekonomi AS manakala BTC ke $200.

Rentetan itu, pengarang buku terkenal Robert Kiyosaki menegaskan bahawa jika ramalan tersebut menjadi kenyataan, beliau akan mula mengumpul banyak BTC pada harga lebih murah.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat