Ekonomi China Makin Kusut, Bank China Berisiko Alami Kerugian $350 Bilion

16,718

‘Mungkin ini rentetan daripada kes Evergrande yang banyak berhutang tu’

Keyakinan membeli yang lemah serta diapit boikot gadai janji, bank-bank di China berhadapan risiko kerugian sebanyak $350 bilion dalam pasaran hartanah negara Tembok Besar tersebut.

Mengeruhkan lagi keadaan, dasar yang dilaksanakan pihak berkuasa dalam mengawal kegawatan ekonomi juga memberi tekanan kepada bank-bank di China.

Menurut data People’s Bank of China, tunggakan gadai janji bank-bank di China mencapai 39 trilion Yuan dan pinjaman kepada pemaju pada 13 trilion Yuan sejak akhir Mac.

Rentetan itu, unjuran S&P Global Ratings, bank-bank China berhadapan risiko kerugian gadai janji sebanyak 6.4% atau $356 bilion sementara Deutsche Bank AG meramalkan kemungkinan mereka alami penyusutan 7% daripada pinjaman rumah.

Setakat ini bank-bank yang tersenarai melaporkan gadai janji tertunggak sebanyak 2.1 bilion Yuan ekoran boikot.

Ulas profesor kewangan di Hong Kong Business School, Zhiwu Chen, situasi kini tidak memihak kepada bank-bank China.

Andai bank memutuskan untuk tidak membantu pemaju menyelesaikan projek, mereka akan alami kerugian sementara jika mereka menyalurkan dana pula, risiko penangguhan lebih besar.

Umumnya, pendedahan bank-bank di China meliputi sektor hartanah terbesar berbanding industri lain.

Dalam pada itu, unit Evergrande Group Ltd telah diminta untuk membayar pemiutang 7.3 bilion Yuan ekoran kegagalannya menyelesaikan obligasi hutang.

Memetik sumber dari pemfailan di bursa Hong Kong, pemiutang yang tidak dinamakan telah memberi jaminan untuk peminjaman entiti tertentu yang dikawal Evergrande pada Julai 2021 lalu.

Ekoran itu, bagi memenuhi obligasi hutang yang tertunggak unit tersebut telah dituntut dengan dengan jumlah pembayaran tersebut.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat