Ekonomi China Tanpa Dijangka Lebih Kuat Pada Suku Pertama 2022!

463

Ekonomi China tanpa dijangka berkembang lebih kuat pada suku pertama 2022 walaupun penutupan Covid-19 di bandar-bandar utama merencatkan kebanyakan aktiviti ekonomi di negara itu.

Menurut laporan oleh Biro Statistik Kebangsaan (NBS) pada sesi Asia, Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) meningkat sebanyak 4.8%, melebihi jangkaan peningkatan 4.4% berbanding setahun lalu.

Bagaimanapun, jualan runcit pada bulan Mac jatuh sebanyak 3.5%, tersasar daripada jangkaan untuk menurun 3% daripada 6.7% yang dicatatkan pada tahun sebelumnya.

Sementara pelaburan aset tetap untuk suku pertama meningkat sebanyak 9.3% berbanding tahun lalu, mengatasi jangkaan pertumbuhan 8.5%. Pengeluaran perindustrian pada Mac meningkat 5%, mengatasi ramalan 4.5%.

Selain itu, NBS turut melaporkan kadar pengangguran meningkat kepada 5.8% pada bulan Mac daripada 5.5% yang dicatatkan sebelumnya.

Ekonomi kedua terbesar di dunia itu telah bergelut untuk membendung gelombang baharu Covid-19 yang paling teruk sejak awal pandemik 2020 pada bulan Mac sehingga menyebabkan kebanyakan bandar utama ditutup susulan polisi sifar Covid-nya.

Walaupun data yang dikeluarkan untuk Januari dan Februari mengatasi jangkaan, bacaan pada Mac pula mula mencerminkan kesan daripada penutupan dan sekatan perjalanan di sekitar pusat ekonomi seperti bandar hub kewangan Shanghai.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat