Ekonomi Eropah ‘Tenat’ Bakal Dorong Penurunan EUR/USD Minggu Ini

688

Sentimen pasaran risk-off yang sedikit memudar di penghujung dagangan minggu lalu menyaksikan pergerakan US dolar melemah di samping aktiviti pengambilan keuntungan oleh pedagang setelah pengukuhan US dolar sepanjang minggu.

Walaupun begitu, US dolar kekal menutup dagangan minggu lalu dengan prestasi yang baik di samping sentimen pasaran yang masih dinilai berisiko dengan faktor peningkatan kes penularan Coronavirus serta ketidaktentuan perkembangan pakej rangsangan ekonomi Amerika Syarikat (AS).

Sementara matawang Euro  terus bergerak lemah dengan peningkatan kes jangkitan virus di Eropah yang mendorong pelaksanaan perintah sekatan pergerakan di kawasan-kawasan ekonomi utama.

Ahli jawatankuasa bank pusat Eropah, Fabio Panetta memberi amaran untuk polisi pelonggaran yang sangat longgar adalah diperlukan berdepan gelombang terbaru pandemik yang menjejaskan pemulihan ekonomi.

Pada carta harga bagi pasangan matawang EUR/USD, harga telah pamerkan penurunan ke zon RBS (resistance become support) 1.16900 pada minggu lalu namun dilihat gagal meneruskan penurunan lebih rendah.

Pergerakan harga di penghujung minggu pamerkan kenaikan, namun kembali turun semula di bawah paras halangan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam dan menutup dagangan minggu lalu di bawah paras 1.17200.

Menyambung dagangan di awal minggu ini di sesi Asia, harga dilihat masih bergerak di bawah paras 1.17200 selepas menguji paras tersebut dan juga halangan dinamik MA50.

Jangkaan pasaran yang kekal berisiko dan memberi kelebihan terhadap US dolar, harga bakal membuat penurunan menguji semula zon RBS 1.16900 sebelum meneruskan penurunan ke zon support 1.16100.

Sebaliknya, jika harga berjaya membuat kenaikan semula di atas paras 1.17200, kenaikan lebih tinggi dilihat menuju zon SBR (support become resistance) pada 1.18000.

Lihat gambar carta pasangan matawang EUR/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK SINI

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat