Ekonomi Jepun Terus ‘Terciduk’!

530

Tanpa disangka-sangka, ekonomi Jepun mengalami penguncupan pada suku ketiga apabila inflasi dan yen yang lemah melanda negara itu.

Menurut data awal yang dikeluarkan Pejabat Kabinet, keluaran dalam negara kasar (KDNK) sebenar pelarasan musim negara merosot 0.3% daripada suku sebelumnya.

Pada kadar tahunan, KDNK jatuh 1.2% pada suku Julai hingga September, meleset daripada jangkaan untuk pengembangan 1.1%.

Ia juga menurun daripada bacaan yang disemak semula untuk suku kedua dengan catatan pertumbuhan 4.6%.

Penguncupan tidak dijangka itu mencerminkan impak daripada kejatuhan mendadak mata wang Jepun dan menunjukkan laluan ke arah pemulihan kukuh daripada Covid-19 masih jauh.

Kemerosotan nilai yen juga telah meningkatkan kos import negara berikutan harga tenaga yang melonjak tinggi, sekali gus membebankan perdagangan bersih.

Bagaimanapun, penggubal dasar mengharapkan pakej rangsangan ekonomi terbaru kerajaan akan membantu meningkatkan pertumbuhan dalam beberapa bulan akan datang.

Selain itu, pembukaan semula sempadan Jepun juga menawarkan prospek perbelanjaan masuk oleh pelancong asing susulan nilai mata wangnya yang rendah.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat