Ekonomi Malaysia Dilanda Ribut!

2,087

Penguncupan kembali menghantui ekonomi Malaysia pada suku ketiga selepas terkesan dengan pelaksanaan langkah sekatan untuk membendung penularan wabak coronavirus.

Terbaru, Bank Negara Malaysia (BNM) melaporkan bahawa Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) dalam tempoh tiga bulan yang berakhir pada September, menguncup 4.5% daripada tahun sebelumnya.

Bacaan ini jauh tersasar daripada jangkaan daripada tinjauan Reuters terhadap ahli ekonomi iaitu penguncupan sebanyak 1.3%.

Walaupun begitu, BNM mengatakan pertumbuhan KDNK pada suku keempat akan pulih dengan cepat memandangkan negara itu telah keluar daripada langkah sekatan yang ketat dan terdapat petunjuk yang mencadangkan momentum yang lebih positif.

Gabenor BNM, Nor Shamsiah Mohd Yunus memberitahu bahawa prospek pertumbuhan masih lagi bergantung kepada faktor risiko Covid-19 di peringkat global dan domestik, kestabilan dalam pasaran kewangan global dan gangguan rantaian bekalan yang beransur-ansur semakin mereda.

Menurut BNM, ekonomi Malaysia telah pulih daripada kemerosotan akibat pandemik pada suku kedua, tetapi kebangkitan kes Covid-19 dan pengenaan semula sekatan pergerakan telah menjejaskan aktiviti penggunaan dan pelaburan.

Pada bulan Ogos, bank pusat telah mengurangkan unjuran KDNK untuk tahun ini kepada 3% daripada 4% yang ditetapkan pada awalnya.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat