Ekonomi Malaysia Kukuh Walaupun Prestasi Ringgit Buruk – Gabenor BNM

581

Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM), Datuk Abdul Rasheed Ghaffour berkata sebahagian daripada faktor-faktor semasa termasuk pelarasan pasaran kepada perubahan jangkaan kadar faedah Amerika Syarikat (AS), kebimbangan geopolitik dan ketidaktentuan yang menyelubungi prospek ekonomi China mempengaruhi prestasi ringgit serta mata wang serantau lain.

BNM berpandangan bahawa paras semasa ringgit tidak mencerminkan prospek positif ekonomi Malaysia yang memulih dengan baik.

Beliau juga berkata pertumbuhan pada 2024 akan dipacu oleh peningkatan dalam permintaan luar dan perbelanjaan domestik yang kukuh.

Unjuran terbaharu Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) adalah perdagangan global akan meningkat daripada 0.4% pada 2023 kepada 3.3% pada 2024.

Di Malaysia, sektor eksport telah menunjukkan peningkatan yang lebih stabil sejak suku keempat 2023 dan pada Januari 2024 pula lebih positif dengan berkembang sebanyak 8.7%.

Selain itu, sektor pelancongan juga memulih kukuh dengan ketibaan pelancong pada 2024 dijangka mengatasi paras prapandemik seramai 26 juta orang.

Momentum pelaburan telah meningkat dengan pelaksanaan projek-projek yang diluluskan dalam sektor awam dan swasta.

Dalam ulasannya, perkembangan positif dan komitmen kerajaan untuk melaksanakan pembaharuan berstruktur serta jangkaan penurunan kadar faedah mendorong kebanyakan penganalisis mengunjurkan ringgit akan meningkat pada tahun ini.

Kini, paras ringgit di ambang kemuncaknya selepas berjaya cecah RM4.80 pada awal minggu ini. Jika disingkap semula, mata wang negara mencapai paras terendah dalam sejarah iaitu RM4.88 pada Januari 1998 iaitu ketika kemuncak Krisis Kewangan Asia.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat