Ekonomi Malaysia Penentu Kekuatan Ringgit Pada 2023 – Tengku Zafrul

283

Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Tengku Datuk Seri Zafrul Aziz berkata bahawa pertumbuhan ekonomi Malaysia akan menjadi kunci kepada kekuatan ringgit tahun ini.

Kenyataan itu dibuat ketika bercakap kepada Haslinda Amin dari Bloomberg Television di Forum Ekonomi Dunia di Davos pada Rabu.

Tengku Zafrul mengatakan pandangannya bahawa perkembangan dalam ekonomi negara akan menjadi penentu utama kepada prestasi ringgit.

Bekas menteri kewangan negara itu menyebut ramalan bank pusat yang mengunjurkan pengembangan sebanyak 4%-5% boleh berlaku menyusuli lonjakan kukuh yang dicatatkan pada tahun lepas berikutan pembukaan semula dari penutupan Covid-19.

Tambah beliau, ringgit sebenarnya dilihat telah mengukuh kerana pasaran yang menentukan nilai.

Mengikut perspektif perdagangan dan pelaburan, selagi Malaysia bergerak ke arah yang sama dengan negara yang berdagang dengan negara itu, ia sepatutnya OK, ujar beliau.

Selain itu, Tengku Zafrul juga beranggapan bahawa Malaysia perlu berusaha untuk menjadi negara yang lebih mudah bagi syarikat menjalankan perniagaan.

Kenyataan itu dibuat sehari sebelum Bank Negara Malaysia (BNM) mengumumkan keputusan dasar pertamanya untuk tahun ini yang dijangka akan meningkatkan kadar faedah sebanyak 25 mata asas kepada 3.00%.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat