Ekonomi UK Bagai Hidup Segan, Mati Tak Mahu

264

Ekonomi Britain kembali berkembang pada bulan Julai walaupun pertumbuhan yang dicatatkan lebih perlahan daripada jangkaan disebabkan kemerosotan dalam pengeluaran perindustrian dan pembinaan.

Pejabat Perangkaan Kebangsaan (ONS) melaporkan pertumbuhan keluaran dalam negara kasar (KDNK) UK sebanyak 0.2% pada Julai setelah mencatatkan penguncupan 0.6% pada bulan Jun.

Dalam tempoh tiga bulan hingga Julai, KDNK direkodkan mendatar berbanding tempoh sama sebelumnya, menandakan ekonomi terbantut.

Penyumbang utama kepada pengembangan ini adalah perkhidmatan yang menyaksikan peningkatan dalam teknologi maklumat dan komunikasi sebanyak 1.5%.

Bagaimanapun, pengeluaran merekodkan kejatuhan pada Julai, dengan bekalan elektrik, gas, wap dan penyaman udara merosot 3.4%. Pembinaan juga susut 0.8%, manakala output dalam perkhidmatan yang dihadapi pengguna meningkat sebanyak 0.6%.

Kemerosotan ini mungkin disebabkan oleh isi rumah yang mengurangkan penggunaan di tengah-tengah bil tenaga yang semakin melambung tinggi.

Secara keseluruhan, ekonomi Britain kini berada 1.1% di atas paras pra-coronavirus pada Februari 2020.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat