Britain tanpa dijangka mencatatkan pertumbuhan pada suku kedua 2023, disokong oleh penggunaan isi rumah yang lebih tinggi.
Data yang dikeluarkan Pejabat Perangkaan Kebangsaan (ONS) mendedahkan ekonomi UK mengatasi jangkaan dengan berkembang 0.2% pada suku lalu.
Ini lebih baik daripada jangkaan untuk mencatatkan sifar pertumbuhan susulan 0.1% pengembangan pada suku pertama.
Sementara pada bulan Jun pula ekonomi berkembang lebih kukuh sebanyak 0.5% menyusuli penguncupan pada bulan Mei, dan lebih baik daripada 0.2% yang diunjurkan.
Ia menunjukkan prestasi ekonomi yang lebih kukuh berbanding bulan sebelum ini, walaupun secara keseluruhannya ia masih lemah.
Output telah disokong oleh pertumbuhan 1.6% dalam pembuatan dan 0.7% dalam pengeluaran pada suku kedua, manakala perkhidmatan pula meningkat sebanyak 0.1%.
Selain itu, ONS juga mengatakan bahawa daya tahan dalam perbelanjaan oleh isi rumah turut menyokong pertumbuhan tersebut.
Walau bagaimanapun, UK kekal sebagai ekonomi yang ‘lemah’ di kalangan negara G7 yang lain.
Reaksi awal pound menunjukkan mata wang itu melonjak menyentuh 1.2722 berbanding greenback sejurus data diterbitkan.
Anda juga boleh mengintai peluang-peluang yang disajikan oleh INTRADAY melalui program komuniti, pendaftaran akaun trading dan bermacam-macam lagi. Untuk info lanjut, KLIK DI SINI.